Jumat, 25 Mei 2012

kedekatan manusia kepada Allah

Tanda Cinta Kepada Allah
Ramai orang berkata ia Cinta kepada Allah Subhanahu wa Taala. Katanya itu hendaklah diuji sama ada tulen atau hanya palsu.
Ujian pertama ialah Dia hendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang enggan bertemu dengan sahabatnya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
"Siapa yang ingin melihat Allah, Allah ingin melihat dia."
Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabila mengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke akhirat, tetapi jika betul-betul ikhlas adia akan bertambah rajin berusaha lagi untuk membuat persediaan itu.
Ujian kedua ialah ia mestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah dan sedaya upaya menghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya dengan Allah. Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepada Allah langsung tetapi itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya. Fudhoil bin Iyadh seorang wali Allah berkata kepada seorang lelaki;
"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata: "Saya tidak cinta kepadaNya", maka kamu kafir dan jika kamu berkata, "Saya cinta", maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."
Ujian yang ketiga ialah ingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa ditekan atau diusahakan benar, kerana apa yang kita cinta itu mestilah sentiasa kita ingat. Sekiranya cinta itu sempurna, ia tidak akan lupa yang dicintainya itu. Ada juga kemungkinan bahawa sementara cinta kepada Allah itu tidak mengambil tempat yang utama dalam hati seseorang itu, maka cinta kepada menyintai Allah itu mungkin mengambil tempat jua, kerana cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta itu adalah seperkara lain pula.
Ujian keempat kemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahawa seseorang itu cinta kepada Al-Quran, iaitu Kalam Allah, dan cinta kepada Muhammad iaitu Rasul Allah. Jika cintanya benar-benar kuat, ia akan cinta kepada semua orang kerana semua manusia itu adalah hamba Allah. Bahkan cintanya meliputi semua makhluk, kerana orang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada kerja-kerja yang dibuat oleh kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karangannya.
Ujian kelima ialah ia suka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agar dapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang menggangu. Jika ia suka berbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidak sempurna. Allah berfirman kepada Nabi Daud,
"Janganlah terlampau karib dengan manusia, kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu: iaitu mereka yang bertungkus mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapat ganjaran itu; dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampaui aku. Tanda tidak redhanya aku ialah aku biarkan mereka begitu sahaja."

Pada hakikatnya, jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempat seluruhnya didalam hati seseorang itu, maka cintanya kepada yang lain itu tidak akan dapat mengambil tempat langsung ke dalam hati itu. Seorang dari Bani Israel telah menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari. Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu sekali, dia pun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati nyanyian burung itu. Allah menyuruh Nabi Daud pergi berjumpa dia dan berkata,

"Engkau telah mencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta kepadaKu, Martabat engkau di kalangan Auliya' Allah telah diturunkan,"
Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang ia melakukan ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar, tetapi ia tidak nampak dan sedar rumahnya terbakar.
Ujian keenam ialah ibadatnya menjadi senang sekali. Seorang Wali Allah ada berkata,
"Dalam tiga puluh tahun yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali, tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi seronok dan lazat pula kepada saya." Apabila cinta kepada Allah itu sempuna, maka tidak ada kesoronokan yang setandimg dngan keseronokan ibadat.
Ujian ketujuh ialah orang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat kepada Allah dan mereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah. Al-Quran mnyatakan "mereka itu bersikap kasar kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka sendiri." Suatu masa, Nabi bertanya kepada Allah, "Wahai Tuhan, siapakah kekasihmu?" Terdengarlah jawapan,
"Siapa yang berpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya, mengmbil perlindungan dengan MengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya, dan yang marah melihat dosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun."

Wallahu'a'lam.

Selasa, 10 April 2012

Wajah Allah dalam Pandangan Guruku Syekh Imam Ghozali


. Wajah Allah: Penerangan "mendalam" tentang perhubungan cahaya-cahaya ini dengan Allah..
 


Mungkin saudara ingin benar hendak tahu berkenaan wajah yang mana cahaya Allah itu dikaitkan dengan langit dan bumi,  atau pun wajah yang mana Dia itu sendiri cahaya langit dan bumi.  Inilah yang hendak kita bincangkan sekarang.
Sekarang saudara telah tahu bahawa Allah itu cahaya,  dan yang lain dari Dia tidak ada cahaya.  Setiap cahaya adalah Dia,  dan juga cahaya keseluruhan adalah Dia juga.
  • Oleh kerana cahaya itu bermaksud sesuatu yang menzhohirkan atau yang menampakkan yang lain;  atau
  • lebih tinggi iaitu bermaksud sesuatu yang dengannya dan untuknya yang lain dizhohirkan
  • bahkan lebih tinggi dari itu lagi iaitu bermaksud sesuatu yang dengannya untuk dirinya dan dirinya yang lain terzhohir.
Sekarang saudara tahu juga bahawa apa sahaja digelar cahaya yang sebenarnya ialah sesuatu yang dengannya,  untuknya,  dan diri yang lain itu terzhohir atau ternampak.  Cahaya ialah yang bercahaya dengan sendirinya.  Cahaya itu timbul dalam dirinya,  dari dirinya dan untuk dirinya.  Cahaya tidak datang dari sumber yang lain.  Cahaya yang sedemikian itu tidak lain tidak bukan hanya Allah sahaja.  Saudara juga telah mengetahui bahawa langit dengan bumi ini dipenuhi dengan cahaya,  yang bersangkutan dua peringkat cahaya,  iaitu pandangan mata dan pandangan akal.
Cahaya yang pertama itu ialah apa yang kita lihat di langit seperti matahari,  bulan dan bintang;  dan apa yang kita lihat di bumi,  seperti sinaran cahaya yang melimpahi seluruh muka bumi,  yang menampakkan semua warna,  bentuk,  binatang,  tumbuh-tumbuhan dan benda-benda lain dalam semua keadaan;  dan jika tiada cahaya ini,  maka tidaklah kita nampak warna,  atau tidaklah ada warna.
Tiap-tiap bentuk dan saiz (besar atau kecil) yang terlihat oleh kita adalah diketahui oleh warna,  dan tidak mungkin melihatnya tanpa warna.
Berkenaan cahaya Akal,  maka Alam Tinggi itu dipenuhi oleh cahaya itu,  iaitu seperti kejadian malaikat;  dan Alam Rendah  ini pun dipenuhi oleh cahaya itu iaitu seperti hidup (nyawa) binatang dan hidup manusia.  Susunan atau keadaan Alam Rendah ini dizhohirkan dengan cahaya malaikat.  Inilah susunan atau keadaan yang disebut oleh Allah;
  • "Dialah yang membentuk kamu dari tanah,  dan menampakkan kamu di permukaan bumi, agar Dia menjadikan kamu sebagai khalifah di atas muka bumi" dan
  • "menjadikan kamu khalifah di muka bumi',  dan
  • "Sesungguhnya aku adalah khalifah di muka bumi". (Al-Quran)
Oleh yang demikian, saudara lihat bahawa seluruh alam ini dipenuhi oleh cahaya pandangan zhohir dan cahaya Aqal Batin,  dan juga cahaya-cahaya tingkat rendah ini dipancarkan  atau dikeluarkan kepada satu dari yang lain.  Umpama cahaya yang keluar dan terbit dari sebuah lampu;  sementara  lampu itu sendiri ialah Cahaya Kenabian yang tinggi.  Ruh-ruh Kenabian itu dinyalakan dari ruh-ruh yang tinggi,  seperti lampu dinyalakan api,  dan ruh-ruh yang tinggi ini dinyalakan kepada satu dari yang lain.
Susunan ini adalah berperingkat-peringkat ke atas.  Semua ini naik naik ke atas sampai ke cahaya  bagi segala cahaya.  Sumber dan punca segala cahaya iaitu Allah.  Semua cahaya-cahaya lain adalah pinjaman dari Allah dan Dialah sahaja cahaya sebenarnya.  Segalanya datang dari cahayaNya,  bahkan Dialah segala-galanya.  Dialah yang sebenarnya ada.  Tiada cahaya kecuali Dia.  Cahaya yang lain hanya cahaya wajah yang menyertaiNya,  bukan terbit dari diri mereka sendiri..
Oleh yang demikian,  wajah dan muka segala sesuatu menghadap kepada Dia dan menghala kepadaNya.  Firman Allah;
"Kemana sahaja mereka memalingkan muka mereka,  di situ ada Wajah Allah". (Al-Quran).
Tiada Tuhan selain Dia,  kerana perkataan "TUHAN" itu menunjukkan sesuatu yang kepadaNya semua muka menghadap dalam ibadat dan dalam penyaksian Dialah Tuhan.  Saya (Imam Ghazali) maksudkan iaitu muka atau wajah manusia iaitu hati manusia,  kerana hati itulah cahaya dan ruh.  Bahkan sebagaimana;
"TIADA YANG DISEMBAH MELAINKAN DIA",
maka begitulah juga ;
"TIADA YANG MENYEMBAH SELAIN DIA",
kerana perkataan "DIA" itu membawa maksud sesuatu yang boleh ditunjukki.  Tetapi dalam tiap-tiap perkara dan sebarang keadaan dan hal,  kita boleh menunjuk sahaja.  Setiap kali saudara menunjuk sesuatu,  tunjukkan itu pada hakikatnya adalah kepada Dia,  meskipun saudara tidak sedar oleh kerana kejahilan saudara tentang hakikat bagi segala hakikat,  yang mana telah kita bincangkan dulu.
Seseorang itu tidak mungkin menunjuk cahaya matahari,  tetapi boleh menunjuk matahari.  Maka begitu jugalah halnya dengan perhubungan segala sesuatu (makhluk) dengan Allah.  Perumpamaan perhubungan makhluk dengan Allah adalah seperti perhubungan cahaya matahari dengan matahari.
Oleh itu,  ucapan "TIADA TUHAN SELAIN ALLAH"  adalah ucapan tauhid kebanyakan orang.
Tetapi ucapan tauhid sedikit orang(yang mempunyai makrifat) ialah "TIDAK ADA DIA MELAINKAN DIA".
Yang pertama untuk orang awam,  dan yang kedua itu untuk "orang khusus".  Yang kedua itu lebih benar, lebih tepat dan lebih sesuai.  sudah sewajarnyalah orang yang mengucap demikian  itu memasuki Alam Keesaan (Uluhiyah) dan Ketunggalan yang Maha suci dan Mutlak;  Kerajaan Yang Maha Esa dan Maha Tunggal,  dan inilah peringkat atau kedudukan terkahir kenaikkan manusia.  Tidak ada tingkatan yang lebih tinggi dari itu lagi;  kerana "NAIK" itu melibatkan berbilang-bilang (banyak) seperti melibatkan dua tingkatan naik "DARI" dan naik "KE".  Apabila berbilang-bilang telah lenyap,  maka terdirilah Keesaan.  Perbandingan tidak ada,  semua isyarat atau pengucapan dari   "SINI"  ke  "SANA"  pun tidak ada.  Tidak ada lagi  "TINGGI"  atau "DALAM".  Tidak ada  "ATAS"  atau  "BAWAH".
Dalam tingkatan tersebut,  naik ke atas lagi bagi ruh,  tidak mungkin,  kerana tidak ada lebih tinggi daripada yang paling tinggi.  Tidak ada berbilang-bilang (banyak) di samping Esa dan Tunggal.  Di sini berbilang-berbilang telah habis.  Tidak ada kenaikkan (Mikraj) lagi bagi jiwa dan ruh.  Jika ada pun, ia adalah "pertukaran di sini".
Maka pertukaran itu ialah "Turun ke langit yang paling rendah";  sinaran dari atas ke bawah,  kerana yang paling tinggi itu,  meskipun tidak ada lebih tinggi lagi dari takat itu,  tetapi ada yang rendah.  Inilah matlamat (tempat paling tinggi) dari segala matlamat.  Tempat paling tinggi ialah matlamat terakhir yang dicari oleh ruh,  yang diketahui oleh mereka yang tahu dan kenal,  tetapi dinafikan oleh mereka yang jahil.  Ini termasuk dalm bidang Ilmu Tersembunyi yang tidak diketahui oleh sesiapa kecuali orang yang mempunyai makrifat.  Sekiranya mereka memperkatakan ilmu ini,  ia akan dinafikan oleh orang-orang yang Jahil tentang Allah.
Tidak ada salahnya orang-orang yang mempunyai makrifat ini menyebut; "Turun ke langit yang paling rendah" iaitu turunnya seorang malaikat;  meskipun seorang daripada mereka itu telah disangkakan membuat penerangan yag kurang wajar.  Dia tenggelam dalam Keesaan Allah, dan berkata,  bahawa Allah telah  "turun ke langit paling rendah"  bahawa penurunan ini adalah penurunannya,  diibaratkan kepada cara-cara keadaan Alam zhohir,  maka digunakan perumpamaan tersebut.  Dia (orang yang tenggelam dalm Keesaan Allah itu) itulah yang dimaksudkan oleh sabda Nabi Muhammad SAW.;
"Aku menjadi telinganya yang dengannya dia mendengar;  matanya yang dengannya dia melihat;  lidahnya yang dengannya dia bercakap".
Jika Nabi itu menjadi telinga,  mata dan lidah Allah,  maka Allah sahajalah yang mendengar,  melihat,  bercakap.  Dialah juga yang dimaksudkan dengan dengan firmanNya kepada Nabi Musa;
"Aku sakit,  tetapi engkau tidak mengunjungi Aku".
Menurut ini,  pergerakan badan orang-orang yang betul-betul beriman dengan Kesaan Allah itu adalah dari langit yang paling rendah itu,  dan Aqalnya dari langit yang lebih tinggi dari langit yang kedua itu.  Dari langit Aqal itu dia naik ke atas  ke sempadan di mana  makhluk tidak boleh naik lagi,  iaitu Kerajaan Ketuhanan Yang Maha Esa,  tujuh lapis dan selepas itu "Dia duduk di atas singgahsana" tauhid dan situ "Memerintah" seluruh lapisan-lapisan langit itu.
Orang telah tamat pengembaraan sedemikian rupa,  maka ayat ini boleh dipakai kepada dia;
"Allah menjadikan Adam menurut bayanganNya"
Apabila ayat ini direnungi dan difikirkan secara mendalam,  maka diketahulah bahawa maksudnya adalah serupa dengan kata-kata;
"Akulah Yang Haq(Tuhan)".
"Maha suci Aku"
atau sabda Nabi SAW. bahawa Allah berfirman;
"Aku sakit,  tetapi engkau tidak mengunjungi Aku" dan
"Akulah telinganya, matanya dan lidahnya".
Eloklah sekarang kita hentikan perkara ini kerana saya(Imam Ghazali) fikir saudara belum ada mendengar lebih dari apa yang sampaikan ini.


Selasa, 03 April 2012

aliens





Pemandangan di bulan Saturnus, Titan, tampak seperti ada danau. (NASA)

Jakarta - Bukti yang menunjukkan bahwa ada kehidupan di Titan, bulan Saturnus, tampaknya telah ditemukan oleh para ilmuwan National Aeronautics and Space Administration (NASA).

Para peneliti di lembaga ruang angkasa itu yakin mereka telah menemukan petunjuk penting yang menunjukkan bahwa alien primitif kemungkinan hidup di planet itu.

Data dari satelit Cassini NASA telah menganalisis kimia kompleks di permukaan Titan. Para ahli mengatakan satu-satunya bulan di planet itu memiliki atmosfer padat.

Mereka telah menemukan bahwa bentuk-bentuk kehidupan telah bernafas di atmosfer planet dan juga memberi makan pada bahan bakar permukaannya.

Para astronom mengklaim bulan itu umumnya terlalu dingin untuk mendukung air cair di permukaannya.

Penelitian itu terbagi dalam dua studi terpisah.

Makalah pertama, dalam jurnal Icarus, menunjukkan bahwa gas hidrogen yang mengalir di seluruh atmosfer planet menghilang di permukaan. Ini menunjukkan bahwa bentuk alien telah bernapas.

Makalah kedua, dalam Journal of Geophysical Research, menyimpulkan bahwa ada kekurangan bahan kimia di permukaan.

Para ilmuwan kemudian dituntun untuk meyakini bahwa zat itu mungkin telah dikonsumsi oleh suatu bentuk kehidupan.

Para peneliti memperkirakan sinar matahari berinteraksi dengan bahan kimia di atmosfer untuk menghasilkan gas asetilena. Tapi Cassini tidak mendeteksi gas tersebut.

Chris McKay, seorang astrobiologist di Pusat Penelitian NASA, di Moffett Field, California, yang memimpin penelitian, mengatakan: konsumsi hidrogen mirip dengan cara kita mengkonsumsi oksigen di Bumi.

"Jika tanda-tanda ini menjadi suatu tanda-tanda kehidupan, itu akan sangat menarik karena akan mewakili bentuk kedua dari kehidupan berbasis air di Bumi.

Profesor John Zarnecki, Universitas Terbuka, menambahkan: Kami percaya zat kimia itu ada agar kehidupan terbentuk. Dia hanya membutuhkan panas dan kehangatan untuk memulai proses.

"Dalam waktu empat miliar tahun, ketika matahari membengkak menjadi raksasa merah, akan menjadi surga di Titan."

Mereka memperingatkan, bagaimanapun, mungkin ada penjelasan lain untuk hasil temuan itu.

Tapi secara bersama-sama, keduanya menunjukkan dua kondisi penting yang diperlukan untuk keberadaan kehidupan berbasis metana.
tempointeraktif.com


Senin, 05 Maret 2012

Penyakit Amandel


Penyebab, Gejala dan Pencegahan Amandel (radang)
Posted date : August 05, 2009
Beberapa tahun yang lalu operasi banyak digunakan sebagai solusi radang amandel. Tonsilitis adalah peradangan pada amandel disebabkan oleh infeksi virus atau bakteri. Peran amandel adalah sebagai penyaring atau fileter bakteri dan virus yang dapat menyebabkan terjadinya infeksi yang lebih berbahaya. Tindakan operasi sudah jarang dilakukan, kecuali bila peradangan sering sekali terjadi atau bila peradangan tersebut menyebabkan kesulitan untuk bernapas dan menelan.
Gejala radang amandel cukup mudah dikenali, yaitu adanya 5 tanda yaitu : kalor, dolor, rubor, tumor, dan fungsiolaseayang detailnya dapat dilihat disini.
Secara sederhana gejala ini dapat meliputi :
  1. Tenggorokan sakit
  2. Sulit atau sakit saat menelan
  3. Sakit kepala
  4. Demam dan kedinginan
  5. Pembesaran, pembengkakan kelenjar (kelenjar getah bening) disekitar rahang dan leher.
  6. Kehilangan suara
Penyebab radang amandel
Saat bakteri dan virus memasuki tubuh melalui hidung atau mulut anda, amandel berperan sebagai filter—menyelimuti organisme yang berbahaya tersebut dengan sel-sel darah putih. Ini akan menyebabkan infeksi ringan pada amandel anda, yang akan memicu sistem kekebalan tubuh untuk membentuk antibodi terhadap infeksi dimasa yang akan datang. Akan tetapi, kadang-kadang amandel sudah kewalahan menahan infeksi bakteri atau virus. Inilah yang menyebabkan terjadinya tonsilitis.
Ada berbagai macam virus dan bakteri yang dapat menyebabkan terjadinya radang amandel, termasuk virus yang menyebabkan mononucleosis (virus Epstein-Barr) dan bakteri yang menyebabkan terjadinya radang tenggorokan (Streptococcus pyogenes).
Apakah radang amandel dapat menular?
Ya, virus dan bakteri cenderung untuk berkembang pada orang-orang yang berhubungan dekat satu sama lain. Pada anak-anak dapat terjadi seperti di sekolah atau di fasilitas penitipan anak.
r7_tonsillitis2
Pemeriksaan dan diagnosis dokter
Dokter akan memeriksa amandel dan bagian belakang tenggorokan anda untuk melihat adanya tanda-tanda infeksi, seperti adanya warna kemerahan atau nanah. Bila amandel anda kelihatan mengalami infeksi dan anda mengalami tanda-tanda dan gejala lain yang mengarah pada radang tenggorokan, anda akan menjalani uji usap tenggorokan. Dengan tes yang sederhana ini, dokter akan mengusapkan semacam kasa steril pada bagian belakang tenggorokan anda untuk mendapatkan sampel air liur. Tes ini tidak menyakitkan, tapi dapat menyebabkan anda sedikit tercekat.
Sampel yang telah diambil akan diperiksa di dalam lab untuk melihat ada tidaknya bakteri streptokokus. Hasil tes dapat dilihat dalam hitungan menit atau jam, bergantung pada metode pengujian yang digunakan. Bila tes ini menunjukkan hasil yang positif, anda perlu minum antibiotik untuk mengobati infeksi yang anda alami.
Pencegahan radang amandel
Sering cuci tangan adalah cara terbaik untuk mencegah terjadinya berbagai jenis infeksi, termasuk juga tonsilitis. Seringlah cuci tangan anda, dan beri dorongan pada anak-anak anda untuk melakukan hal yang sama.
Bila anda menggunakan sabun dan air:
  1. Basahi tangan anda dengan air hangat yang mengalir dan gunakan sabun cair atau sabun batangan yang bersih.  Gosok hingga berbusa.
  2. Gosok dengan kuat selama setidaknya 15 detik. Ajarkan pada anak-anak anda untuk mencuci tangannya selama mereka menyanyi lagu ABS, “Row, Row, Row Your Boat” atau “Selamat ulang tahun” hingga selesai.
  3. Gosok semua permukaan tangan, termasuk bagian belakang tangan, pergelangan tangan, diantara jari-jari dan dibawah kuku jari anda.
  4. Bilas dengan bersih.
  5. Keringkan tangan dengan menggunakan handuk yang bersih.
  6. Gunakan handuk tersebut untuk mematikan keran air.
Bila sabun dan air tidak tersedia, gunakan pembersih tangan yang berbahan dasar alkohol. Tuang sekitar ½ sendok teh bahan pembersih tersebut ke tangan anda. Gosok-gosok kedua tangan anda, sehingga cairan pembersih tersebut melumuri permukaan tangan anda, hingga cairan tersebut kering.
Pencegahan lain yang menggunakan logika juga dapat digunakan. Pada saat batuk atau bersin gunakan tisu atau lengan anda. Jangan menggunakan gelas minum dan peralatan makan untuk bersama-sama. Hindari berada dekat dengan orang yang sedang sakit. Cari tempat penitipan anak yang mempraktekkan kebijakan soal kebersihan dan meminta agar anak-anak yang sakit tetap berada di rumah.
obat amandel tradisional
Posted date : August 13, 2011
Obat tradisional telah banyak digunakan untuk mengatasi radang amandel. Amandel sendiri merupakan penyakit radang tenggorokan yang banyak menyerang anak-anak. Umumnya gejalanya akan disertai demam. Radang amandel sendiri sebenarnya tidak berbahaya, karena merupakan reaksi normal tubuh dalam meningkatkan sistem imun ketika diserang kuman maupun bibit penyakit.
Mengatasi radang amandel, sebenarnya bisa dilakukan dengan mandiri. Ada tiga resep ramuanobat amandel tradisional yang bisa dimanfaatkan :
Resep Obat Tradisional “kunyit jeruk”
Bahan : 1 rimpang kunyit, 1 butir jeruk nipis, 2 sendok madu
Cara membuat : Kunyit diparut, lalu jeruk diperas untuk diambil airnya, kemudian dicampur dengan madu dan 100ml air hangat, diaduk hingga merata dan disaring
Cara mengkonsumsi : diminum secara rutin 2 hari sekali.
http://obatamandel.com/wp-content/uploads/2011/08/batuk-pagi-234x300.jpg
Resep Obat Tradisional “pace kunyit”
Bahan : 2 buah mengkudu/pace matang + 20 gram kunyit
Cara membuat : bahan dicuci dan dihaluskan, disaring dan diambil airnya, tambahkan air perasan 1 buah jeruk nipis, dan 1 sendok makan madu, diaduk, lalu diminum.
Cara mengkonsumsi : Lakukan 2-3 kali sehari.
Resep Obat Tradisional “benalu teh – sambiloto kunyit”
Bahan : 30 gram benalu teh + 30 gram temu putih + 10 gram sambiloto kering + 20 gram kunyit
Cara membuat : direbus dengan 800 cc air hingga tersisa 400 cc, disaring, airnya diminum
Cara mengkonsumsi : dua kali sehari, setiap kali minum 200 cc.
Radang amandel menyebabkan amandel membengkak dan merah serta gatal, sakit pada kerongkongan, sakit saat menelan, muntah, demam, sakit kepala, sakit perut, lemas, dan tidak bersemangat. Jika pembengkakan amandel sudah terlalu besar, akan menyatu dan dapat menghalangi jalan pernapasan. Ramuan diatas merupakan obat tradisional amandel untuk anak dan dewasa.
Semoga ramuan obat tradisional amandel diatas dapat membantu meredakan radang amandel yang membandel.

Dajjal


Bab 01. ARTI DAJJAL DAN YA'JUJ WA-MA'JUJ

Dajjal disebutkan berulang-ulang dalam Hadits, sedangkan Ya'juj wa-Ma'juj bukan saja disebutkan dalam Hadits, melainkan pula dalam Al-Qur'an. Dan kemunculannya yang kedua kalinya ini dihubungkan dengan turunnya Al-Masih.
Kata Dajjal berasal dari kata dajala, artinya, menutupi (sesuatu). Kamus Lisanul-'Arab mengemukakan beberapa pendapat mengapa disebut Dajjal. Menurut suatu pendapat, ia disebut Dajjal kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan. Pendapat lainnya mengatakan, kerana ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar. Pendapat ketiga mengatakan, kerana ia menutupi manusia dengan kekafiran. Keempat, kerana ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi.
Pendapat lain mengatakan, bahawa Dajjal itu bangsa yang menyebarkan barang dagangannya ke seluruh dunia, artinya, menutupi dunia dengan barang dagangannya. Ada juga pendapat yang mengatakan, bahawa ia dijuluki Dajjal kerana mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan hatinya, ertinya, ia menutupi maksud yang sebenarnya dengan kata-kata palsu.
Kata Ya'juj dan Ma juj berasal dari kata ajja atau ajij dalam wazan Yaf'ul; kata ajij artinya nyala api. Tetapi kata ajja bererti pula asra'a, maknanya berjalan cepat. Itulah makna yang tertera dalam kamus Lisanul-'Arab. Ya'juj wa-Ma'juj dapat pula diibaratkan sebagai api menyala dan air bergelombang, kerana hebatnya gerakan.

Selasa, 21 Februari 2012

Rasa cinta yang hakiki


Cinta kepada Allah
Cinta kepada Allah ini adalah perkara yang paling tinggi sekali dan itulah tujuan kita yang terakhir. Kita telah bercakap berkenaan bahaya kerohanian yang akan menghalang cinta kepada Allah dalam hati manusia, dan kita telah bercakap berkenaan berbagai sifat-sifat yang baik sebagai keperluan asas menuju Cinta Allah itu.
Kesempurnaan manusia itu terletak dalam Cinta kepada Allah ini. Cinta kepada Allah ini hendaklah menakluki dan menguasai hati manusia itu seluruhnya. Kalau pun tidak dapat seluruhnya, maka sekurang-kurangnya hati itu hendaklah cinta kepada Allah melebihi cinta kepada yang lain.

Sebenarnya mengetahui Cinta Ilahi ini bukanlah satu perkara yang senang sehingga ada satu golongan orang bijak pandai ugama yang langsung menafikan cinta kepada Allah atau Cinta Ilahi itu. Mereka tidak percaya manusia boleh Mencintai Allah Subhanahuwa Taala kerana Allah itu bukanlah sejenis dengan manusia. Kata mereka; maksud Cinta Ilahi itu adalah semata-mata tunduk dan patuh kepada Allah sahaja.
Sebenarnya mereka yang berpendapat demikian itu adalah orang yang tidak tahu apakah hakikatnya ugama itu.

Semua orang Islam bersetuju bahawa cinta kepada Allah (cinta Allah) itu adalah satu tugas. Allah ada berfirman berkenaan dengan orang-orang mukmin;
"Allah Cinta kepada mereka dan mereka Cinta kepada Allah".
Nabi pernah bersabda;
"Belum sempurna imam seseorang itu hingga ia Mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain".
Apabila malaikat maut datang hendak mengambil nyawa Nabi Ibrahim, Nabi Ibrahim berkata, "Pernahkah engkau melihat sahabat mengambil nyawa sahabat?" Allah berfirman, "Pernahkah engkau melihat sahabat tidak mahu melihat sahabatnya?" Kemudian Nabi Ibrahim berkata, "Wahai Izrail! Ambillah nyawaku!"

Doa ini diajar oleh Nabi kepada sahabatnya;
"Ya Allah, kurniakanlah kepada ku Cinta terhadap Mu dan Cinta kepada mereka yang Mencintai mu, dan apa saja yang membawa aku hampir kepada CintaMu, dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga kepadaku dari air sejuk kepada orang yang dahaga."
Hasan Basri ada berkata;
"Orang yang kenal Allah akan Mencintai Allah, dan orang yang mengenal dunia akan benci kepada dunia itu".
Sekarang marilah kita bincangkan pula berkenaan keadaan cinta itu. Bolehlah ditaarifkan bahawa cinta itu adalah kecenderungan kepada sesuatu yang seronok atau nyaman. Ini nyata sekali pada dari yang lima (pancaindera) iaitu tiap-tiap satunya mencintai apa yang memberi keseronakkan atau kepuasan kepadanya. Mata cinta kepada bentuk-bentuk yang indah. Telinga cinta kepada bunyi-bunyinya yang merdu, dan sebagainya. Inilah jenis cinta yang kita ada dan binatang pun ada.

Tetapi ada dari yang keenam atau keupayaan pandangan yang terletak dalam hati, dan ini tidak ada pada binatang. Dengan melalui inilah kita mengenal keindahan dan keagungan keruhanian. Oleh itu, mereka yang terpengaruh dengan kehendak-kehendak jasmaniah dan kedunian saja tidak dapat mengerti apa yang dimaksudkan oleh Nabi apabila baginda berkata bahawa baginda cinta kepada sembahyang melebihi dari cintanya kepada perempuan dan bau harum wangi, meskipun perempuan dan wangi-wanginya itu disukai juga oleh baginda. Tetapi siapa yang mata batinnya terbuka untuk melihat keindahan dan kesempurnaan Ilahi akan memandang rendah kepada semua perkara-perkara yang zhohir walau bagaimanapun cantiknya sekalipun.

Orang yang memandang zhohir saja akan berkata bahawa kecantikan itu terletak pada warna kulit yang putih dan merah, kaki dan tangan yang eloknya dan lawa bentuknya dan sebagainya lagi, tetapi orang ini buta kepada kecantikan akhlak, seperi apa yang dikatakan orang bahawa seseorang itu mempunyai sifat-sifat akhlak yang "indah". Tetapi bagi mereka yang mempunyai pandangan batin dapat mencintai orang-orang besar yang telah kembali kealam baka, seperti Khalifah Umar dan Abu Bakar misalnya, kerana kedua-dua orang besar ini mempunyai sifat-sifat yang agong dan mulia, meskipun badan mereka telah hancur menjadi tanah. Cinta seperti ini bukan memandang kepada sifat-sifat zhohir sahaja, tetapi memandang kepada sifat-sifat batin. Bahkan apabila kita hendak menimbulkan cinta dalam hati kanak-kanak terhadap seseorang, maka kita tidak memperihalkan keindahan bentuk zhohirnya, dan lain-lain, tetapi kita perihalkan keindahan-keindahan batinnya.

Apabila kita gunakan perinsip ini terhadap cinta kepada Allah, maka kita akan dapati bahawa Dia sajalah sepatutnya kita Cinta. Mereka yang tidak Mencintai Allah itu ialah kerana mereka tidak Mengenal Allah itu. Apa sahaja yang kita cinta kepada seseorang itu, kita cintai kerana itu adalah bayangan Allah. Kerana inilah kita cinta kepada Muhammad S.A.W kerana baginda adalah Rasul dan kekasih Allah; dan cinta kepada orang-orang alim dan orang-orang warak itu adalah sebenarnya cinta kepada Allah.

Kita akan lihat ini lebih jelas jika kita perhatikan apakah sebab-sebabnya yang menyemarakkan cinta.
Sebab pertama ialah, bahawa seseorang itu cinta kepada dirinya sendiri dan menyempurnakan keadaannya sendiri. Ini membawanya secara langsung menuju Cinta kepada Allah, kerana wujudnya dan sifatnya manusia itu adalah semata-mata Kurniaan Allah sahaja. Jika tidaklah kerana kehendak Allah Subhanahuwa Taala dan KemurahanNya, manusia tidak akan zhohir ke alam nyata itu. Kejadian manusia itu dan pencapaian menuju kesempurnaan adalah juga dengan kurnian Allah semata-mata. Sungguh anih jika seseorang itu berlindung ke bawah pokok dari sinaran matahari tetapi tidak berterima kasih kepada pokok itu. Begitu jugalah jika tidaklah kerana Allah, manusia tidak akan wujud dan tidak akan ada mempunyai sifat-sifat langsung. Oleh itu, kenapa manusia itu tidak Cinta kepada Allah? Jika tidak cinta kepada Allah bererti ia tidak mengenalNya. Tanpa mengenalNya orang tidak akan Cinta kepadaNya, kerana Cinta itu timbul dari pengenalan . Orang yang bodoh saja yang tidak mengenal.

Sebab yang kedua ialah, bahawa manusia itu cinta kepada orang yang menolong dan memberi kurniaan kepada dirinya. Pada hakikatnya yang memberi pertolongan dan kurniaan itu hanya Allah sahaja. Sebenarnya apa sahaja pertolongan dan kurnian dari makhluk atau hamba itu adalah dorongan dari Allah Subhanahuwaa Taala jua. Apa sahaja niat hati untuk membuat kebaikan kepada orang lain, sama ada keinginan untuk maju dalam bidang ugama atau untuk mendapatkan nama yang baik; maka Allah itulah pendorong yang menimbulkan niat, keinginan dan usaha untuk mencapai apa yang dicinta itu.

Sebab yang ketiga ialah cinta ang ditimbulkan dengan cara renungan atau tafakur tentang Sifat-sifat Allah, Kuasa dan KebijaksanaanNya. Dan bermula Kekuasaan dan kebijaksanaan manusia itu adalah bayangan yang amat kecil dari Kekuasaan dan Kebijaksanaan Allah Subhanahuwa Taala jua. Cinta ini adalah seperti cinta yang kita rasai terhadap orang-orang besar di zaman lampau, umpama Imam Malik dan Imam Syafie meskipun kita tidak akan menjangka menerima sebarang faedah peribadi dari mereka itu, dan dengan itu adalah jenis yang tidak mencari untung. Allah berfirman kepada Nabi Da
ud,

"Hamba yang paling aku Cintai ialah mereka yang mencari Aku bukan kerana takut hukumKu atau hendakkan KurniaanKu, tetapi adalah semata-mata kerana Aku ini Tuhan."
Dalam kitab Zabur ada tertulis,
"Siapakah yang lebih melanggar batas daripada orang yang menyembahKu kerana takutkan Neraka atau berkehendakkan Syurga? Jika tidak aku jadikan Surga dan Neraka itu tidakkah Aku ini patut disembah?"
Sebab yang keempat berkenaan cinta ini ialah kerana perkaitan rapat antara manusia dan Tuhan, yang maksudkan oleh Nabi dalam sabdanya;

"Sesungguhnya Allah jadikan manusia menurut bayanganNya"
Selanjutnya Allah berfirman;
"HambaKu mencari kehampiran denganKu, supaya Aku jadikan dia kawanKu, dan bila Aku jadikan ia kawanku, jadilah Aku telinganya, matanya dan lidahnya".
Allah berfirman juga kepada Nabi Musa;
"Aku sakit, engkau tidak mengungjungiKu." Nabi Musa menjawab, "Aahai Tuhan, Engkau itu Tuhan langit dan bumi, bagaimana engkau boleh sakit?" Allah menjawab, "Seorang hambaKu sakit, kalau engkau mengunjungi dia, maka engkau mengunjungi Aku."

Ini adalah satu perkara yang agak bahaya hendak dikaji berlarutan kerana ia tidak terjangkau oleh pengetahuan orang awam, bahkan yang bijak pandai pun mungkin tumbang dalam perjalanan perkara ini, lalu menganggap ada percantuman atau penjelmaan Tuhan dalam manusia. Tambahan pula perkara kehampiran hamba dengan Tuhan ini dibangkang oleh Alim Ulama' yang tersebut diatas dulu kerana mereka berpendapat bahawa manusia itu tidak dapat mencintai Allah oleh sebab Allah bukan sejenis manusia. Walau pun berapa jauh jaraknya antara mereka, namun manusia boleh mencintai Allah kerana kehampiran itu ada ditunjukkan oleh sabda Nabi

"Allah jadikan manusia menurut rupanya."


Dan kataku pula(suluk), untuk mendapat dan menjejaki maksud sabda Nabi yang penuh dan melimpah dengan lautan hikmah zhohir dan batin ini, perlulah diambil pengajaran dari kalangan ulama yang muqarrabin yang arifbiLlah dari kalangan Aulia Allah yang apabila bercakap, hanya akan mengungkapkan sesuatu yang didatangi dari Alam Tinggi; bukan beralaskan sesuatu kepentingan atau pengaruh hawa nafsunya. Ilmu mereka adalah pencampakkan Ilham dari Allah Taala yang didapati terus dari Allah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Imam Ghazali dalam karyanya Al-Risalutu lid Duniyah sebagaimana berikut;

Ilham adalah kesan Wahyu. Wahyu adalah penerangan Urusan Ghoibi (ghaib) manakala Ilham ialah pemaparannya. Ilmu yang didapati menerusi Ilham dinamakan Ilmu Laduni.
Ilmu Laduni ialah ilmu yang tidak ada perantaraan dalam mendapatkannya di antara jiwa dan Allah Taala. Ia adalah seperti cahaya yang datang dari lampu Qhaib jatuh ke atas Qalbu yang bersih, kosong lagi halus(Lathif).

indahnya memandang Allah swt

Memandang Allah

Semua orang Islam percaya bahawa memandang Allah itu adalah puncak segala kebahagiaan kerana ada tercatit dalam hukum. Tetapi bagi kebanyakan orang, ini adalah cakap di mulut sahaja yang tidak menimbulkan rasa dalam hati. Sememangnyalah begitu kerana bagaimana orang dapat menyintai sesuatu jika ia tidak tahu dan tidak kenal? Kita akan cuba menunjukkan secara ringkas bagaimana memandang Allah itu puncak segala kebahagiaan yang boleh tercapai oleh manusia.

Pertama, tiap-tiap bakat atau anggota manusia itu ada tugas-tugasnya masing-masing dan ia berasa seronok dan suka menjalankan tugas itu. Ini serupa sahaja sejak dari kehendak badan yang paling rendah hinggalah kepada pengetahuan akal yang paling tinggi. Usaha mental(otak) yang paling rendah pun mendatangkan keseronokkan yang lebih dari hanya memuaskan kehendak badan sahaja. Kadang-kadang seseorang yang khusuk bermain catur tidak mahu makan meskipun ia berkali-kali dipanggil untuk makan.

Makin tinggi perkara pengetahuan kita itu, maka makin bertambah seronok dan sukalah kita mengusahakan perkara itu. Misalnya kita lebih berminat untuk mengetahui rahsia Sultan dan rahsia menteri. Dengan demikian, oleh kerana Allah itu adalah objek atau perkara pengetahuan yang paling tinggi, maka mengenal atau mengetahui Allah itu mestilah memberi kebahagiaan dan kelazatan lebih daripada yang lain-lain. Orang yang mengetahui dan mengenal Allah walaupun dalam dunia ini. seolah-olah di dalam syurga, "luasnya seperti luas langit" (Al-Qur'an) buah-buahan bebas untuk dipetik, dalam lebarnya tidak disempitkan oleh penghuninya yang ramai itu.

Tetapi kenikmatan ilmu atau pengetahuan masih tidak menyamai atau menyerupai kenikmatan pandangan sebagaimana keseronokkan kita dalam memikirkan mereka yang bercinta adalah lebih rendah daripada keseronokan yang diberi oleh memandangnya dengan benar. Terpenjaranya kita dalam badan kita dari tanah dan air dan terbelenggu kita dalam perkara-perkara deria(pancaindera) menjadikan hijab yang melindungi kita daripada memandang Allah,. meskipun tidak menghalang pencapaian kita kepada mengetahui dan mengenalNya. Kerana inilah Allah berfirman kepada Nabi Musa di Gunung Sinai;

"Engkau tidak akan dapat melihat aku" (al-Qur'an)
Hakikat perkara ini adalah demikian, iaitu sebagaimana benih manusia itu menjadi manusia, dan biji tamar menjadi pokok tamar, begitu jugalah mengenal Allah yang diperolehi di dunia ini akan bertukar menjadi "Memandang Allah" di akhirat kelak, dan mereka yang tidak mempelajari pengetahuan itu tidak akan mendapat pandangan itu. Pandangan ini tidak akan dibahagi-bahagikan sama rata kepada mereka yang tahu tetapi "konsep pemahaman" mereka tentangnya akan berbeza-beza sebagaimana ilmu mereka.

Allah itu Satu tetapi ia kelihatan dengan berbagai-bagai cara, sebagaimana satu benda itu terbayang dalam berbagai cara dalam berbagai cermin. Ada yang lurus, ada yang bengkok, ada yang terang dan ada yang gelap. Sesuatu cermin itu mungkin terlalu bengkok dan ini menjadikan bentuk-bentuk yang cantik kelihatan buruk dalam cermin itu. Seseorang manusia itu mungkin membawa ke akhirat hati yang gelap dan bengkok, dan dengan itu pandangan yang menjadi punca kedamaian dan kebahagiaan kepada orang lain, akan menjadi sumber kesengsaraan dan kedukaan kepadanya.

Orang yang Menyintai Allah sepenuh hati dan Cintanya kepada Allah melebihi Cintanya kepada yang lain akan memperolehi lebih banyak kebahagiaan daripada pandangan melebihi daripada mereka yang dalam hatinya tidak ada pandagan ini. Umpama dua orang yang kekuatan matanya sama sahaja memandang kepada muka yang cantik. Orang yang telah ada cintanya kepada orang yang memiliki muka itu akan merasa seronok dan bahagia memandang muka itu melebihi dari orang yang tidak ada cintanya kepada orang yang mempunyai muka itu. Untuk kebahagiaan yang sempurna, ilmu sahaja tidak tidaklah cukup. Ianya hendaklah disertakan dengan Cinta. Cinta kepada Allah itu tidak akan tercapai selagi hati itu tidak dibersihkan daripada cinta kepada dunia. Pembersihan ini dapat dilakukan dengan menahan diri dari hawa nafsu yang rendah dan bersikap zuhud.

Semasa dalam dunia ini, keadaan seseorang itu terhadap "Memandang Allah" adalah ibarat orang yang cinta yang melihat muka orang yang yang dicintai dalam waktu senjakala dan pakaiannya penuh dengan penyengat dan kala yang sentiasa menggigitnya. Tetapi sekiranya matahari terbit dan menunjukkan muka yang dicintai dengan segala keindahannya, dan penyengat serta kala itu telah lari darinya, maka kebahagiaan orang yang cinta itu adalah seperti hamba Allah yang terlepas dari gelap senja dan azab cubaan di dunia ini, lalu melihat dia tanpa hijab lagi.

Abu Sulaiman berkata;
"Siapa yang sibuk dengan dirinya sendiri sahaja di dunia ini, akan sibuk juga dengan dirinya di akhirat kelak; dan siapa yang sibuk dengan Allah di dunia ini akan sibuk juga dengan Allah di akhirat kelak".
Yahya bin Mu'adz menceritakan;
"Saya lihat Abu Yazid Bustomin sembahyang sepanjang malam. apabila beliau telah habis sembahyang, beliau berdoa dan berkata; "Oh Tuhan!!! Setengah dari hambaMu meminta padaMu kuasa untuk membuat sesuatu yang luar biasa(karamat) seperti berjalan di atas air, terbang di udara; tetapi aku tidak meminta itu; ada pula yang meminta harta karun, tetapi aku tidak meminta itu; kemudian ia memalingkan mukanya dan setelah dilihatnya saya, ia berkata; "Kamu di situ Yahya?" Saya menjawab; "Ya!" Beliau bertanya lagi; "Sejak bila?" Saya menjawab; "Telah lama saya di sini" Kemudian saya bertanya dan beliau menceritakan kepada saya setengah daripada pengalaman keruhaniannya.

"Saya akan menceritakan" Jawab beliau. "Apa yang boleh saya ceritakan kepadamu, Allah Subhahahuwa Taala menunjukkan aku kerajaanNya dari yang paling tinggi hingga ke paling rendah. DiangkatNya saya melampaui Arash dan Kursi dan tujuh petala langitnya, kemudian Ia(Allah) berkata; "Pintalah kepadaKu apa sahaja yang engkau kehendaki". Saya menjawab; "Ya Allah!!! tidak akan saya minta apa pun melainkan Engkau". JawabNya(Allah); "Sesungguhnya engkau hambaKu yang sebenar".

Pada suatu ketika pula Abu Yazid berkata;
"Sekiranya Allah mengurniakan engkau kehampiran denganNya seperti Ibrahim, kekuasaan Sholat Musa, keruhanian 'Isa, namun wajahmu hadapkanlah kepada Dia sahaja kerana ia ada harta yang melampaui segala-galanya itu"
Suatu hari seorang sahabatnya berkata kepada beliau; "Selama tiga puluh tahun saya puasa di siang hari dan sembahyang di malam hari tetapi saya tidak dapati kelazatan keruhanian yang engkau katakan itu".

Abu Yazid menjawab; "Jika engkau puasa dan sembahyang selama tiga ratus tahun pun, engkau tidak akan mendapatkannya".
Sahabatnya berkata; "Bagaimanakah itu?"
Kata Abu Yazid; "Ubatnya ada tetapi engkau tidak akan sanggup menelannya ubat itu". Tetapi oleh kerana sahabatnya itu bersungguh-sungguh benar meminta supaya diceritakan, Abu Yazid pun berkata; "Pergilah kepada tukang gunting dan cukurlah janggutmu itu; buangkan pakaianmu itu kecuali seluar dalam sahaja. Ambil satu kampit penuh yang berisi "Siapa yang mahu menempeleng kuduk leherku dia akan mendapat buah ini" Kemudian dalam keadaan ini pergilah kepada Kadi dan ahli syariat dan berkata; "Berkatilah Ruhku".

Kata sahabatnya; "Tidak sanggup saya berbuat demikian, berilah saya cara yang lain".
Abu Yazid pun berkata; "Inilah sahaja caranya, tetapi seperti yang telah saya katakan kamu ini tidak dapat diubat lagi".
Sebab Abu Yazid berkata demikian kepada orang itu ialah kerana orang itu sebenarnya pencari pangkat dan kedudukan. Bercita-cita hendak pangkat dan kedudukan seperti bersikap sombong dan bangga adalah penyakit yang hanya dapat diubat dengan cara yang demikian itu.

Allah berfirman kepada Nabi 'Isa;
"Wahai 'Isa! Apabila Aku lihat dalam hati hambaKu cinta suci murni kepadaKu tanpa dicampur aduk dengan kepentingan diri sendiri terhadap perkara dunia atau akhirat, maka Aku menjadi Penjaga kepada Cinta itu".
Apabila orang bertanya kepada Nabi 'Isa; "Apakah kerja yang paling tinggi sekali darjatnya?" Beliau menjawab; "Mencintai Allah dan tunduk kepadaNya".
Suatu ketika orang bertanya kepada Wali Allah bernama Rabi'atul Adawiyah sama ada beliau cinta kepada Nabi M
uhammad S.A.W. Beliau menjawab; "Cinta kepada Allah menghalang aku cinta kepada makhluk".

Ibrahim bin Adham dalam doanya berkata; "Ya Allah! pada mataku syurga itu sendiri lebih kecil dari agas jika dibandingkan dengan Cintaku terhadapMu dan kelazatan mengingatiMu yang Engkau telah kurniakan kepadaku".
Siapa yang menganggap ada kemungkinan menikmati kebahagiaan di akhirat tanpa mencintai Allah adalah orang yang telah jauh sesat anggapannya, kerana segala-galanya di akhirat itu adalah kembali kepada Allah dan Allah itulah matlamat yang dituju dan dicapai setelah melalui halangan yang tidak terhingga banyaknya. Nikmat memandang Allah itu adalah kebahagiaan. Jika seseorang itu tidak suka kepada Allah di sini, maka di sana pun ia tidak suka juga kepada Allah. Jika sedikit sahaja sukanya kepada Allah di sini, maka sedikit jugalah sukanya kepada Allah di sana. Pendeknya, kebahagiaan kita di akhirat adalah bersesuaian dengan kadar Cintanya kita kepada Allah di dunia ini.

Sebaliknya jika dalam hati manusia itu ada tumbuh cinta kepada apa sahaja yang berlawanan dengan Allah, maka keadaan hidup di akhirat sana akan berlainan dan ganjil sekali kepadanya dan dengan ini apa sahaja yang mendatangkan kebahagiaan kepada orang lain, akan mendatangkan 'azab sengsara kepadanya. Mudah-mudahan Allah lindungi kita dari terjadi sedemikian itu.
Ini bolehlah kita gambarkan dengan misalan seperti berikut;

Seorang pengangkut sampat-sarap pergi ke kedai yang menjual minyak wangi. Apabila beliau membawa bau-bauan yang harum wangi itu, ia pun jatuh dan tidak sedar diri. Orang pun datang hendak memberi pertolongan kepadanya. Air Ros dipercikkan kemukanya dan dihidungnya diletakkan kasturi. Tetapi beliau bertambah teruk. Akhirnya datanglah seorang pengangkut sampah juga, lalu diletakkan sedikit sampah kotor di bawah hidung orang yang pengsan itu. Dengan segera orang itu pun sedar semula sambil berseru dengan rasa puas hati, "Wah! Inilah sebenarnya wangi!"

Demikian jugalah, ahli dunia tidak akan menjumpai lagi karat dan kotor dunia ini diakhirat. Kelazatan keruhaniah alam sana berlainan sekali dan tidak sesuai dengan kehendaknya. Maka ini menjadikannya bertambah teruk dan sengsara lagi. Kerana alam sana itu adalah alam ruhaniah dan penzhohiran Jamal (keindahan) Allah Subhanahuwa Taala. Berbahagialah mereka yang ingin mencapai kebahagiaan di sana itu dan menyesuaikan dirinya dengan alam itu. Semua sikap zahud, menahan diri ibadah, menuntut ilmu adalah bertujuan untuk mencapai penyesuaian itu dan penyesuaian itu adalah cintanya. Inilah maksud Al-Quran:

"Berbahagialah orang yang mencucikan jiwanya".
Dosa dan maksiat berlawanan benar dengan penyesuaian ini. Oleh itulah termaktub dalam Al-Quran: "Sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya." Orang yang dikurniai dengan mata keruhanian telah nampak hakikat ini dalam rasa pengalaman mereka bukan hanya kata-kata yang diterima turun-menurun sejak dahulu lagi. Pandangan mereka itu membawa kepercayaan bahawa orang yang berkata demikian adalah sebenarnya Nabi; ibarat orang yang mengkaji ilmu perubatan; akan tahu adakah orang yang bercakap berkenaan perubatan itu sebenarnya doktor atau pun bukan. Ini adalah jenis keyakinan yang tidak perlu disokong dengan mukjizat atau perbuatan yang mencarik adat kerana yang demikian pun dapat dilakukan juga oleh tukang sihir atau tukang silap mata.

Bersambung dalam tajuk yang terakhir; TANDA-TANDA CINTA KEPADA ALLAH