Bab 01. ARTI
DAJJAL DAN YA'JUJ WA-MA'JUJ
Dajjal disebutkan berulang-ulang dalam Hadits, sedangkan Ya'juj wa-Ma'juj bukan saja disebutkan dalam Hadits, melainkan pula dalam Al-Qur'an. Dan kemunculannya yang kedua kalinya ini dihubungkan dengan turunnya Al-Masih.
Kata Dajjal berasal dari kata
dajala, artinya, menutupi (sesuatu). Kamus Lisanul-'Arab mengemukakan beberapa
pendapat mengapa disebut Dajjal. Menurut suatu pendapat, ia disebut Dajjal
kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan. Pendapat
lainnya mengatakan, kerana ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar.
Pendapat ketiga mengatakan, kerana ia menutupi manusia dengan kekafiran.
Keempat, kerana ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi.
Pendapat lain mengatakan, bahawa
Dajjal itu bangsa yang menyebarkan barang dagangannya ke seluruh dunia, artinya,
menutupi dunia dengan barang dagangannya. Ada juga pendapat yang mengatakan,
bahawa ia dijuluki Dajjal kerana mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan
hatinya, ertinya, ia menutupi maksud yang sebenarnya dengan kata-kata palsu.
Kata Ya'juj dan Ma juj berasal
dari kata ajja atau ajij dalam wazan Yaf'ul; kata ajij artinya nyala api. Tetapi
kata ajja bererti pula asra'a, maknanya berjalan cepat. Itulah makna yang
tertera dalam kamus Lisanul-'Arab. Ya'juj wa-Ma'juj dapat pula diibaratkan
sebagai api menyala dan air bergelombang, kerana hebatnya gerakan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar